My Add

Monday 5 November 2012

Sistem perangkap had laju PDRM tetap diteruskan: Abu Seman

KUALA LUMPUR, ISNIN, 05 November, 2012: Kerajaan tidak bercadang memansuhkan sistem kamera elektronik perangkap had laju yang diguna Polis Diraja Malaysia (PDRM) walaupun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilaksana.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop berkata, sistem kamera perangkap had laju yang dikuat kuasa PDRM masih beroperasi bagi meningkatkan tahap kesedaran masyarakat supaya lebih berhati-hati ketika memandu.

"Walaupun pendekatan baru melalui AES diperkenalkan, sistem sekarang (kamera perangkap had laju) yang digunakan oleh polis masih lagi dilaksanakan kerana pendekatan baru itu (AES) dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.


"Agensi yang berkaitan melaksanakan pemantauan jalan raya akan tetap laksanakan tugas masing-masing," katanya ketika menjawab soalan Mohd Firdaus Jaafar (PAS-Jerai) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata, kamera perangkap had laju PDRM berupaya merakam imej kenderaan yang melanggar had laju dari jarak 1.2 kilometer pada kelajuan 320 kilometer sejam.

Menjawab soalan asal Mohd Firdaus mengenai jumlah 'Saman Postal' sepanjang Ops Selamat sempena Aidilfitri lepas, Abu Seman berkata sebanyak 180,062 notis saman dikeluarkan kepada pemilik kenderaan membabitkan pelbagai kesalahan trafik.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 52,362 kes saman sudah diselesaikan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment