My Add

Saturday 10 November 2012

Nurul Izzah, Anwar akan terkejut

Oleh KAMIL MASLIH dan ASSIM HASSAN
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 09 November 2012: "Saya hendak beritahu kepada Nurul Izzah dan bapanya, Anwar Ibrahim, mereka akan terkejut bila mereka melihat siapa peguam-peguam kanan yang akan mewakili Utusan Malaysia."

Kenyataan tersebut diberikan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin (gambar) sebagai respons terhadap tindakan Nurul Izzah, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu menyaman Utusan Malaysia.

Semalam, Nurul Izzah, menerusi notis yang dikeluarkan peguam bela dan peguam cara Mohamed Hanipa & Associates, menuntut Utusan Malaysia memohon maaf dalam masa 48 jam berhubung penyiaran artikel berkenaan isu kebebasan beragama dalam kalangan orang Melayu yang disifatkan beliau sebagai fitnah.
 

No comments:

Post a Comment