My Add

Wednesday 7 November 2012

Nurul Izzah dakwa kenyataannya diputar belit, mahu ambil tindakan

KUALA LUMPUR, SELASA, 06 November, 20122: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan media alternatif lain kerana mendakwa kenyataannya mengenai kebebasan beragama telah diputar belit.

Menurutnya, dua akhbar itu dan beberapa media termasuk blog-blog telah menyiarkan laporan berunsur fitnah akidah yang telah memutar belitkan sebahagian daripada kenyataan penuhnya dalam forum yang dihadiri di Subang Jaya, Sabtu lalu.

''Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya, Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog.

''Saya tidak merelakan fitnah akidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment