My Add

Saturday 17 November 2012

Nurul Izzah tak perlu bertaubat

KOTA BHARU, JUMAAT, 16 November, 2012: Di sebalik desakan kian hebat agar Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menarik balik dan bertaubat ekoran kenyataan berhubung isu kebebasan beragama yang dibangkitkannya, Pas menganggapkan isu berkenaan sudah selesai dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak perlu bertaubat.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan, Nurul Izzah tidak perlu bertaubat kerana beliau telah menafikan perkara itu.

"Bertaubat ini kerana melakukan benda salah. Tapi sekarang ini dia (Nurul Izzah) kata tidak buat, tidak bermaksud sebagaimana laporan media," katanya ditemui pada Muktamar Pas Ke-58, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau tidak menafikan ada sedikit kekeliruan yang menuntut kepada penerangan di sebalik kenyataan Nurul Izzah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment