My Add

Tuesday 27 November 2012

Nurul Izzah warisi sikap Anwar enggan saman portal berita

KUALA LUMPUR, ISNIN, 26 November, 2012: Sikap tidak adil Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang enggan menyaman portal berita propembangkang, Malaysiakini diwarisi daripada bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim berkata, seperti perumpamaan 'bapa borek anak rintik', kedua-duanya gemar menjadikan pihak tidak berkepentingan dalam karier politik mereka sebagai mangsa.

"Ini namanya tindakan terpilih, perkara itu sudah menjadi amalan bapa beliau, Anwar sebagai salah satu taktik menutup mulut atau menakut-nakutkan pihak lain untuk menegakkan benang yang basah.

"Bagi saya, jika betul beliau mahu mempertahankan dirinya, maka beliau perlu saman semua pihak yang menerbitkan laporan tentangnya termasuk Malaysiakini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment