My Add

Wednesday 21 November 2012

OIC atur lawatan ke Myanmar

 KUALA LUMPUR, RABU, 21 November, 2012: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sedang mengatur lawatan ke Myanmar bagi membincang cara menyelesai krisis yang dihadapi minoriti Islam Rohingya di negara tersebut.

Ia berkata kunjungan itu akan diketuai Setiausaha Agung Ekmeleddin Ihsanoglu dan Menteri Luar negara anggota.

Para menteri berkenaan akan menilai keperluan kemanusiaan pihak yang terlibat dengan keganasan di Rakhine dan menyelaras dengan pihak berkuasa Myanmar bagi membentuk rancangan mengenainya, kata kenyataan OIC.

Lawatan berkenaan sebagai sebahagian resolusi yang diterima pada Mesyuarat Majlis Menteri Luar OIC baru-bru ini.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment