My Add

Friday 16 November 2012

Pas sepatutnya dominasi pakatan pembangkang

KOTA BHARU, KHAMIS, 15 November, 2012: Perwakilan Pemuda Pas Negeri Sembilan, Mohd. Zulkarnain Md. Zaki (gambar) menegur kepemimpinan parti itu yang seolah-olah tidak konsisten dalam menjalankan tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, Pas sepatutnya mendominasi kerjasama itu terutamanya dalam memimpin kepada pembangunan Islam.

"Sepatutnya dalam pakatan kita mendominasi kepemimpinannya, yakni kita kena memimpin pakatan berkenaan. Tetapi sebaliknya kita lihat hari ini mereka yang memimpin kita.

''Kita ikut saja apa kata sahabat-sahabat kita dari DAP dan PKR," katanya sambil disambut dengan tepukan oleh perwakilan.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda Pas pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) Ke-53 di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam di sini hari ini.

Muktamar dirasmikan oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu malam tadi.

Dalam pada itu, beliau membidas Pemuda yang dilihat tidak peka serta sensitif dalam mendepani isu semasa.

Beliau turut menyarankan supaya barisan pimpinan parti itu tidak meminggirkan golongan tidak berpendidikan tinggi dalam memilih pemimpin.

"Kena lihat juga orang yang tidak belajar universiti, jangan hanya melihat kepada orang yang belajar tinggi sahaja," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment