My Add

Friday 2 November 2012

Pemandu lori padi ditahan polis

ALOR SETAR, JUMAAT, 02 November, 2012: Pemandu lori padi yang terlibat dalam kemalangan berhampiran Kampung Permatang Limau, Tualang dekat sini petang semalam yang menyebabkan empat sekeluarga maut dan seorang lagi parah, kini ditahan polis sehingga 5 November ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supritendan Rohana Omar berkata, pemandu yang berumur 19 tahun dari Kubur Panjang itu ditahan polis selepas dia membuat laporan polis tentang kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di sini malam tadi.

"Kami telah tahan pemandu itu bagi membantu siasatan dan kami masih menyiasat sama ada pemandu itu memiliki lesen memandu atau tidak," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, lori itu akan dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan bagi mengetahui sama ada bermasalah atau tidak.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment