My Add

Friday 2 November 2012

Mangsa nahas kereta-lori kini stabil

ALOR SETAR, JUMAAT, 02 November, 2012: Mangsa yang terselamat dalam kemalangan maut di Kampung Permatang Limau, Pokok Sena semalam sudah sedar dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Muhd. Iqbal Zakuan Shafie, 15, yang cedera parah mula sedar selepas hampir dua jam dimasukkan ke zon kritikal Hospital Sultanah Bahiyah semalam.

Nahas kira-kira pukul 3 petang itu meragut nyawa empat keluarga remaja terbabit iaitu ibu bapa dan dua abangnya.

Kereta Perodua Viva yang dinaiki lima beranak itu bertembung dengan sebuah lori padi yang dikatakan mengalami masalah teknikal. - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment