My Add

Thursday 29 November 2012

Peniaga Cina takut sertai Tukar kerana maklumat tidak jelas

BERA, RABU, 28 November, 2012: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ramai peniaga kaum Cina beranggapan bahawa Projek Transformasi Kedai Runcit (Tukar) membebankan mereka.

Katanya setakat ini kurang 10 peratus peniaga kaum itu menyertai projek Tukar.

"Peniaga Cina takut menyertai projek Tukar kerana mereka tidak mendapat penjelasan tepat mengenainya kerana sebelum ini semua maklumat disampaikan di dalam Bahasa Melayu.

"Sehubungan itu, kita akan kerap turun padang bagi menjelaskan kedudukan sebenar kepada peniaga terbabit tentang hasrat murni kerajaan untuk membantu peniaga tanpa mengira kaum dan agama," katanya selepas majlis penerangan dan berdialog dengan peniaga Cina di Bandar Triang, di sini malam tadi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment