My Add

Friday 9 November 2012

Polis ambil keterangan kakitangan Malaysiakini

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 08 November, 2012: Sepasukan 14 anggota dan pegawai polis hari ini hadir di pejabat Malaysiakini di Bangsar di sini bagi mengambil keterangan daripada kakitangan portal berita propembangkang itu.

Ia berhubung kenyataan kontroversi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar baru-baru ini, berkaitan kebebasan beragama dalam kalangan orang Melayu.

Lima pegawai dan sembilan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya dan Unit Forensik Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras itu diketuai Asisten Supritendan Nadzri Harun. Mereka hadir pada pukul 5.15 petang.

Pasukan yang turut membawa waran yang dikeluarkan Majistret Petaling Jaya itu mengambil masa 90 minit untuk merakam keterangan daripada Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar, Pengarang Berita, Gerald Martinez dan Pengurus Sumber Manusia, A. Shamini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment