My Add

Saturday 17 November 2012

Polis sita aset kes gubah wang haram

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 16 November, 2012: Polis mendapat kebenaran mahkamah untuk menyita aset milik seorang wanita, Rajinder Kaur Jaspal Singh mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) Bukit Aman, Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata, Bahagian Siasatan Pengubahan Wang Haram, Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman sedang menjalankan satu siasatan berkaitan kes pengubahan wang haram di bawah Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 bersabit laporan Balai Polis Pantai.

Beliau berkata, siasatan mendapati satu harta tak alih telah menjadi isi 'perkara utama' kepada kes tersebut.

"Pihak pendakwa raya telah berpuas hati dan mengeluarkan perintah sitaan ke atas aset berkenaan di bawah Seksyen 51(1) AMLATFA 2001 pada 8 November lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment