My Add

Monday 5 November 2012

RM3 juta agih secara percuma 135,620 topi keledar

KUALA TERENGGANU, AHAD, 04 November, 2012: Kementerian Pengangkutan melalui Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) membelanjakan kira-kira RM3 juta untuk mengagihkan kira-kira 135,620 topi keledar secara percuma kepada masyarakat sejak 2009 hingga Julai lalu.

Menterinya, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, pemberian topi keledar termasuk kepada kanak-kanak yang membonceng melalui siri kempen keselamatan jalan raya bagi menyedarkan mereka tentang kepentingan pemakaian topi itu.

"Inisiatif program itu banyak membantu dalam pengurangan kes kemalangan maut yang melibatkan kecederaan kepala penunggang dan pembonceng motosikal," katanya yang juga Pengerusi MKJR.

Beliau berkata demikian dalam majlis Makan Malam dan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke 53 MKJR Malaysia di Wisma Darul Iman di sini, malam tadi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment