My Add

Monday 19 November 2012

Rogol gadis bawah umur: Juruelektrik dipenjara

GEORGE TOWN, ISNIN, 19 Novenber, 2012: Seorang juruelektrik yang sebelum ini dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik oleh Mahkamah Sesyen kerana merogol gadis bawah umur, hari ini dijatuhi hukuman penjara lima tahun setengah oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini.

Hakim Datuk Seri Zakaria Sam menetapkan hukuman itu selepas mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang membebaskan Chuah Guan Jiu, 22, dengan bon jaminan berkelakuan baik selama tiga tahun dengan ikat jamin RM25,000 pada Ogos lepas.

Dalam penghakimannya Zakaria berkata, persetujuan mangsa (melakukan hubungan seks) tidak boleh diambil kira dalam kes rogol dan tertuduh tidak sepatutnya mengambil kesempatan terhadap mangsa.

Pada 20 Julai, Guan Jui mengaku bersalah merogol teman wanitanya yang ketika itu berusia 12 tahun di flat kediamannya di Air Itam, di sini antara 7 pagi dan 1 petang pada 18 Julai tahun lepas, dan antara 2.25 petang dan 2.45 petang keesokan harinya.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment