My Add

Sunday, 11 November 2012

Sultan Pahang mahu Program Kayuhan Diraja Karnival Rakyat diteruskan

KUANTAN, AHAD, 11 November, 2012: Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah mahu Program Kayuhan Diraja Karnival Rakyat 2012 yang diadakan sempena hari keputeraan baginda hari ini diteruskan pada tahun akan datang.

Titah baginda, program rekreasi sedemikian dapat mengumpulkan rakyat dan memudahkan mereka berinteraksi dengan baginda.

"Saya bersyukur dan sangat gembira dengan program yang dianjurkan hari ini dan berharap ia dapat dilaksanakan pada tahun mendatang.

"Saya juga berharap program ini tidak fokus di Kuantan saja dan perlu diperluaskan ke daerah lain di negeri ini supaya lebih ramai rakyat jelata dapat menyertainya," titah bagindaa pada pelancaran program itu di Stadium Darul Makmur, di sini, hari ini.

Turut berangkat Tengku Mahkota Tengku Abdullah dan Tengku Puan Pahang Tengku Azizah Aminah Maimunah Sultan Iskandar. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Sultan Ahmad Shah turut melepaskan kira-kira 800 peserta yang membuat kayuhan sejauh 40 kilometer di sekitar daerah ini.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi penganjur program, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata program itu bertujuan mengeratkan silaturrahim antara Sultan Pahang dan rakyat.

"Karnival Rakyat yang bertemakan kesukanan dan muhibah rakyat ini menampilkan minat Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang terhadap aktiviti sukan dan sentiasa mesra mendampingi rakyat. Bak kata pepatah, 'raja dan rakyat, berpisah tiada'," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment