My Add

Friday 9 November 2012

Tapak PPR sah milik swasta

*Oh Tong Keong menunjukkan salinan sijil pembayaran wang pendahuluan bagi membeli tapak tanah di Taman Manggis, (kiri) dan salinan sijil penjualan tanah berkenaan kepada KLIDC Sdn. Bhd. pada sidang akhbar di Pulau Pinang, semalam. - BERNAMA

PULAU PINANG, KHAMIS, 08 November, 2012: Tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang terus berdolak-dalik dan belum menyediakan perjanjian jual beli tapak projek perumahan rakyat (PPR) Taman Manggis di sini kepada Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri kini terjawab.

Pemuda BN negeri yang melakukan proses carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dua hari lalu terkejut apabila mendapati tanah tersebut telah dipajakkan oleh Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. (KLIDC) kepada sebuah bank pada 21 November tahun lalu.

Ketuanya, Oh Tong Keong berkata, ini menunjukkan tanah berkenaan kini milik KLIDC tetapi pada masa sama dijual Kerajaan DAP Pulau Pinang kepada Pemuda BN negeri yang telah membayar wang pendahuluan sebanyak RM222,073. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment