My Add

Tuesday 6 November 2012

Tiga anggota bomba masih kritikal

*Chor Chee Heung (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada anggota bomba yang tercedera, Mohd. Zaki Daud ketika memadamkan kebakaran di gudang bekas kilang tayar ketika melawat mereka di HRPZ II di Kota Bharu, semalam.

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
KOTA BHARU 5 Nov. - Tiga daripada lima anggota bomba yang dirawat di dua hospital di sini akibat disambar api ketika memadamkan kebakaran di sebuah gudang bekas kilang tayar di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa semalam masih berada dalam keadaan kritikal.

Tiga anggota terbabit ialah Wan Asri Wan Yaakob, 52, dan Zulkifli Mahmud, 40, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Abdullah Din Mohamad, 55, di ICU Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Dua lagi anggota yang dirawat di Unit Rawatan Kebakaran HUSM ialah Nazah Nafi, 43, dan Abdul Razak Abdullah, 45. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment