My Add

Thursday 1 August 2013

10 maut akibat cuaca panas di China

SHANGHAI, KHAMIS 01 Ogos, 2013: Lebih 10 orang maut ketika bandar raya ini mencatatkan suhu tertinggi dalam tempoh 140 tahun, kata pegawai perubatan hari ini.

Pentadbiran Meteorologi China yang mengeluarkan amaran suhu tinggi di beberapa kawasan di wilayah timur dan pusat negara ini, menyatakan suhu mungkin mencecah 41 darjah Celsius, semalam.

Jurucakap Pusat Perbandaran Shanghai untuk Pembendungan dan Kawalan Penyakit, Leng Guangming berkata, lebih 10 mangsa strok maut dilaporkan sehingga Jumaat lalu. Beliau bagaimanapun enggan memberikan angka kematian terkini. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment