My Add

Thursday 1 August 2013

10 persatuan penulis dapat RM100,000

 * MUHYIDDIN menyampaikan Peruntukan Khas Membudayakan Bahasa Dan Sastera kepada Presiden PENA, Dr Mohamad Saleeh Rahamad di Putrajaya, semalam.
PUTRAJAYA, RABU, 31 Julai, 2013: Sepuluh persatuan penulis semalam menerima peruntukan berjumlah RM100,000 daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membiayai program pembudayaan bahasa dan sastera kebangsaan.

Penerima ialah Persatuan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan, Persatuan Sasterawan Numera Malaysia, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Persatuan Penulis Budiman Malaysia (BUDIMAN) dan Ikatan Persuratan Melayu (IPM).

 Turut menerima bantuan Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN), Persatuan Penulis Johor, Persatuan Penterjemah dan Penulisan Kreatif Malaysia, Persatuan Seni Pentas India Kuala Lumpur dan Persatuan Siam Kelantan, Kuala Lumpur dan Selangor yang masing-masing menerima RM10,000.

Bantuan itu adalah sebahagian daripada peruntukan RM2 juta yang diumumkan kerajaan April lalu bagi membantu penulis menggiatkan usaha menghasilkan karya bermutu, di bawah Peruntukan Khas untuk Membudayakan Bahasa dan Sastera Kebangsaan 2013.

 Peruntukan kepada persatuan-persatuan selebihnya akan disalurkan terus ke dalam akaun masing-masing.

Peruntukan disampaikan Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan, bersempena mesyuarat Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan di Kementerian Pendidikan di sini.

Sejurus selepas mesyuarat selama kira-kira dua jam itu, Timbalan Perdana Menteri menghadiri dialog tertutup dengan Majlis Profesor Negara (MPN) di Tingkat 14, bangunan yang sama.

Kira-kira 20 anggota Majlis Profesor Negara menghadiri majlis dialog itu termasuk Pengerusi MPN Prof Emeritus Datuk Seri Zakri Abdul Hamid; Timbalan Pengerusi MPN Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin dan Setiausaha Agung Prof Datuk Dr Raduan Che Rose. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment