My Add

Wednesday 28 August 2013

5 maut, 3 cedera Avanza langgar lori di Ledang

Oleh ZULHISHAM ISAHAK

LEDANG, RABU, 28 Ogos, 2013: Lima maut, satu kritikal dan dua lagi cedera selepas terlibat dalam satu kemalangan melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza dengan lori di Bukit Kangkar, dekat sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, MPV berkenaan yang dinaiki lapan penumpang termasuk pemandu itu dipercayai terbabas dan melanggar sebuah lori yang diletak di tepi jalan.

Kesemua mangsa yang terlibat dihantar ke Hospital Tangkak, di sini dan juga ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di Muar. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment