My Add

Wednesday 28 August 2013

8 suspek kes langgar, samun kereta mewah diburu
Oleh ANGELINA SINYANG

KUALA LUMPUR, RABU, 28 Ogos, 2013: Polis memburu lapan lelaki yang disyaki terlibat dalam kes langgar belakang kenderaan mewah dan menyamun pemandunya di sekitar ibu negara sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, sepanjang tempoh itu pihaknya menerima 49 kes penjenayah menggunakan modus operandi melanggar belakang kenderaan sebelum menyamun pemandunya.

Beliau berkata, daripada kesemua jumlah itu, sebanyak 25 kes berlaku di daerah Brickfields, diikuti 16 kes di Cheras dan lapan kes di Sentul.

Katanya, kegiatan jenayah yang dilakukan pada lewat tengah malam sehingga awal pagi itu menyasarkan mangsa yang memandu kenderaan mewah berharga RM100,000 ke atas.

"Suspek yang bergerak secara berkumpulan semasa melakukan jenayah itu akan berpura-pura melanggar belakang kereta mangsa.

"Sebaik sahaja mangsa berhenti, suspek bersenjatakan parang akan merampas kunci, memaksanya menyerahkan barang-barang berharga dan melarikan kenderaan tersebut," katanya dalam sidang akhbar semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul hari ini.

Mohmad berkata, hasil siasatan lanjut polis mengenal pasti lapan lelaki daripada dua kumpulan penjenayah yang terlibat dalam jenayah tersebut.

Mereka ialah:

1) M. Lawrence (KP 860211-43-6067) - No. 3A-11B Blok 4, Desa Dua Apartment, Lorong D/5, Desa Aman Puri, Kepong, Kuala Lumpur.

2) D. Vikram, 21 - No. 12, Jalan SP 1/7, Taman Subang Perdana, Shah Alam, Selangor.

3) M. Devandran, 26 - No. 1 Blok J40 Kawasan (A), Rumah Panjang Jinjang Utara, Kuala Lumpur.

4) D. Thevarajan, 23 - 306 Blok 17, Jalan Nuri 7/1D, Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

5) R. Nareshwaran, 22 - No 53, Jalan TK5/11, Taman Mawar, Puchong, Selangor.

6) N. Saravana, 25, di D215 Pangsapuri Sri Anggerik 1, Bandar Puchong Jaya, Selangor

7) Muhamad Shajaan Mohd. Sharif, 25 - Z333, Kampung Lembah Mutiara (2), Selayang Baru, Batu Caves, Selangor.

8) N. Viknesh, 24 - No. 3, Jalan Belatuk 7A, Bandar Puchong Jaya, Selangor. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment