My Add

Tuesday 27 August 2013

Bank Negara campur tangan jika pasaran kewangan bercelaru - Zeti

KUALA LUMPUR, SELASA, 27 Ogos, 2013: Bank Negara Malaysia (BNM) akan campur tangan untuk menstabilkan ringgit yang semakin jatuh jika pasaran mengganggu dan bercelaru, kata Gabenor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Beliau berkata apa yang penting ialah memastikan keadaan pasaran teratur.

"Jika tidak, ia akan terlalu ditentukan oleh pasaran," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan sebuah buku bertajuk, "Grow Your Business: Access to Financing for SMEs in Malaysia", di sini hari ini.

Zeti berkata bank pusat itu tidak akan memberikan tumpuan kepada mana-mana tahap kadar pertukaran tertentu.

"Kita telah melonggarkan pengurusan pendedahan dan transaksi pertukaran asing agar perniagaan boleh berhadapan dengan persekitaran yang semakin tidak menentu," katanya.

Beliau berkata pengeksport tidak harus bergantung kepada kadar pertukaran untuk mendapatkan kelebihan daya saing, sebaliknya mereka harus memberikan tumpuan kepada langkah-langkah lain seperti meningkatkan produktiviti dan berinovasi. 

"Dari semasa ke semasa, kita akan menyaksikan ringgit mengukuh disebabkan oleh perubahan mudah tunai dalam sistem kewangan global," katanya.

Beliau berkata institusi kewangan yang kukuh, pasaran kewangan yang berkembang maju yang membina paras rizab serta kelonggaran yang lebih luas terhadap peraturan bagi pengurusan pendedahan pertukaran asing akan membantu perniagaan menyesuaikan diri dalam tempoh-tempoh sukar.

Mengenai sama ada BNM akan menaikkan kadar faedah, Zeti berkata kadar semasa menyokong ekonomi seperti yang ternyata melalui pertumbuhan permintaan domestik yang kukuh. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment