My Add

Thursday 1 August 2013

Kes tembak ada kaitan perbalahan kongsi gelap

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR

IPOH, KHAMIS,01 Ogos, 2013: Polis percaya kematian seorang pemandu van yang mati ditembak di Jalan Permai Utama berhampiran Pejabat Pendidikan Daerah Parit Buntar semalam mempunyai kaitan dengan perbalahan antara dua kumpulan kongsi gelap.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, berdasarkan pemeriksaan polis, mangsa yang ditemui mati tersebut mempunyai empat rekod jenayah lampau termasuk kes kecurian kenderaan dan dadah. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment