My Add

Tuesday 27 August 2013

Mangsa rogol bapa saudara akan diberi perlindungan JKM: Rohani

PUTRAJAYA, SELASA, 27 Ogos, 2013: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa rogol bapa saudaranya di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung pada Khamis lalu.

Menteri berkenaan Datuk Rohani Abdul Karim berkata pihaknya melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat akan melawat mangsa dan rumah yang didiaminya.

"Kami akan melawat kanak-kanak berkenaan...dan akan meletakkannya di bawah perlindungan kami sekiranya perlu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Aspirasi Gemilang 'A' anjuran bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Great Eastern LifeChildrenCare di sini hari ini.

Rohani berkata perlindungan ke atas mangsa hanya diberikan jika terdapat ancaman yang dikhuatiri akan mempengaruhi mangsa menggugurkan dakwaannya.

Beliau diminta mengulas mengenai kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang mendakwa dirogol bapa saudaranya berusia 15 tahun di bilik remaja itu ketika keluarganya tiada di rumah.

Dalam kejadian Khamis lepas, remaja lelaki itu dipercayai melakukan perbuatan itu kerana ketagih menonton aksi seks di telefon bimbit. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment