My Add

Thursday 1 August 2013

Pemeriksa PBB dibenar ke Syria siasat penggunaan senjata kimia

NEW YORK, KHAMIS, 01 Ogos, 2013: Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan ke Syria untuk menyiasat tiga lokasi di mana berlakunya serangan senjata kimia dilaporkan.

PBB dalam satu kenyataan hari ini berkata, Presiden Bashar al-Assad sebelum ini tidak memberi kebenaran kepada penyiasat PBB memasuki negara itu selepas PBB dalam inkuirinya memutuskan larangan penggunaan sejata kimia pada Mac lalu.

“Misi PBB ke Syria itu akan dilakukan seberapa segera untuk memeriksa dan menyiasat tiga laporan mengenai penggunaan senjata kimi," kata jurucakap PBB, Martin Nesirky.

Pengumuman mengenai perkara itu susulan persetujuan kerajaan Syria untuk membenarkan dua wakil misi PBB memasuki Damsyik, minggu lalu.

Penyiasat PBB akan diketuai pakar Sweden, Ake Sellstrom, yang kini dijadual memasuki Syria sebelum minggu depan. - AFP /BH


No comments:

Post a Comment