My Add

Saturday 28 September 2013

Bantu bumiputera dipertahan

 *NAJIB Tun Razak berucap di hadapan ahli-ahli Dewan Perniagaan Amerika Syarikat dan Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN semasa majlis makan tengah hari di New York, semalam. - BERNAMA
NEW YORK, JUMAAT, 27 September, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dasar meminggirkan penduduk majoriti di sesebuah negara seperti Malaysia yang 67 peratus daripada populasinya merupakan bumiputera akan mengakibatkan ketidakstabilan kepada negara dalam jangka panjang.

"Kita (Malaysia) tidak mampu menghadapinya dan ini juga bukan politik yang bagus," katanya semasa ditemu bual oleh personaliti CNN, Fareed Zakaria dalam forum Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) anjuran Council of Foreign Relations (CFR) di sini.

Dalam forum bertajuk Kesederhanaan: Kemodenan Baharu yang dihadiri oleh kira-kira 200 orang itu, Najib ditanya tentang tindakan kerajaan yang memberi kelebihan kepada bumiputera sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati kaum lain.

Najib menjelaskan, melalui dasar afirmatif kerajaan berharap dapat mengagihkan kekayaan secara adil dan membentuk masyarakat yang terangkum.

"Melalui tindakan-tindakan afirmatif ini, didapati pendapatan bukan bumiputera meningkat lebih cepat," kataya sambil menegaskan pendekatan baharu diambil dengan bantuan hanya diberikan kepada bumiputera yang layak secara merit sahaja.

CFR yang diasaskan pada 1921 dan berpusat di New York dianggap sebagai sebuah badan pemikir politik luar negara Amerika Syarikat (AS) paling berpengaruh. Badan ini antara lain menerbitkan jurnal setiap bulan.

Tentang topik kesederhanaan yang sedang dipromosikan itu, Najib berkata, apa yang rakyat Malaysia dan negara lain mahu ialah keamanan, kesejahteraan dan keharmonian yang boleh dikecapi jika mereka berpegang kepada keseluruhan konsep kesederhanaan.

Najib percaya banyak masalah semasa dunia boleh diselesaikan jika masyarakat dan kerajaan berpegang kepada konsep kesederhanaan dalam tindak-tanduk dan dasar mereka yang akhirnya akan melahirkan masyarakat yang adil, saksama dan inklusif.

"Kita tak pinggirkan sesiapa, tidak pula benarkan suara-suara ekstremis, rasis dan taksub tenggelamkan suara kesederhanaan," katanya.

Beliau turut mengulangi bahaya sindrom Islamophobia yang mengaitkan keganasan dengan Islam sedangkan agama tersebut tidak pernah mendidik umatnya untuk membunuh manusia lain sewenang-wenangnya

Sementara itu, semasa ditanya tentang projek kereta api laju Singapura-Kuala Lumpur, Perdana Menteri berkata, projek yang dirancang disiapkan antara enam dan tujuh tahun itu akan dapat memendekkan masa perjalanan selama 90 minit. - UTUSAN

Katanya, apa yang cuba diusahakan bersama itu akan memberikan faedah kepada rakyat kedua-dua buah negara. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment