My Add

Sunday 29 September 2013

Bekalan daging mencukupi untuk Aidiladha - Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, SABTU, 28 September, 2013: Bekalan daging dijamin mencukupi untuk memenuhi keperluan umat Islam yang bakal menyambut Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata persatuan penternak telah memberi jaminan mampu menyediakan bekalan yang diperlukan pengguna sempena perayaan itu.

"Setiap tahun, Malaysia mengimport 15,000 ekor lembu untuk menampung permintaan sempena Aidiladha. Oleh itu, pengguna dinasihati jangan bimbang kerana bekalan dijamin mencukupi," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Ketiga Menteri-Menteri Pertanian dan Perhutanan Asean-India di sini hari ini.

Ia dipengerusikan secara bersama dengan Menteri Pertanian dan Industri Pemprosesan Makanan dari India Sharad Pawar.

Umat Islam dijadual menyambut Aidiladha pada 15 Oktober ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment