My Add

Sunday 29 September 2013

Lagi wang ATM dirompak

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN

JEMPOL, SABTU, 28 September, 2-13: Seorang pengawal keselamatan dipukul dalam kejadian rompakan mesin pengeluar wang automatik (ATM) di sebuah pasar raya di Bahau, dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi, sekumpulan penjenayah bertopeng dipercayai berusia lingkungan 30-an, memecah masuk dalam sebuah pasar raya itu sebelum bertindak memukul pengawal keselamatan berusia 60 tahun ketika mangsa sedang melakukan rondaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Supritendan Tukiman Seriman berkata, penjenayah terbabit telah memotong dan memecahkan mesin ATM berkenaan serta melarikan wang tunai RM276,900 daripada RM360,000 yang telah dimasukkan oleh pihak bank di pasar raya berkenaan, semalam.

"Hasil siasatan awal melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pasar raya itu, kita dapati suspek telah memukul pengawal keselamatan di bahagian kepala dengan menggunakan senjata tajam di luar bangunan berkenaan.

"Selepas itu penjenayah telah menutup mata mangsa dan mulut dengan menggunakan pita pelekat, manakala tangannya diikat dengan pita pelekat manakala kakinya pula diikat dengan dawai," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, penjenayah telah menggunakan alatan memotong besi untuk memecahkan mesin ATM tersebut sebelum mengambil wang di dalamnya.

"Kita dimaklumkan, pihak bank baru memasukkan sejumlah wang tunai yang dianggarkan RM360,000 dalam mesin berkenaan pada pukul 12 tengah hari semalam.

"Hasil siasatan dan rekod pengeluaran, kita dapati sejumlah RM276,900 telah didapati hilang di mana di dalamnya mengandungi wang kertas nilaian RM50. Baki wang kertas dengan nilaian RM10 tidak dilarikan suspek dipercayai kesuntukan masa," ujarnya.

Menurut beliau, pengawal keselamatan itu baru sahaja berkhidmat kurang daripada seminggu dan dia telah dibawa ke Hospital Jempol untuk pemeriksaan akibat dipukul. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment