My Add

Saturday 28 September 2013

Mekah dan Madinah sudah bersiap sedia
MEKAH, JUMAAT, 27 September, 2013:Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah sudah membuat persiapan bagi menerima kedatangan berjuta-juta jemaah haji pada tahun ini.

Imam Besar bagi kedua-dua masjid suci itu, Sheikh Abdul Rahman al-Sudais berkata, perkhidmatan itu termasuklah sesi pendidikan dan kaunseling kepada jemaah haji.

Beliau berkata, Masjid Nabawi dan dataran sekitarnya kini dipasang dengan 10,000 permaidani meliputi kawasan seluas 265,000 meter persegi, selain dipasang sebanyak 10,000 buah lampu di dalam masjid tiga tingkat itu dari semua arah.

Sheikh Abdul Rahman berkata, sebanyak 5,300 pekerja lelaki dan wanita juga dimbil pada tahun ini untuk menyediakan perkhidmatan bantuan di Masjid Nabawi selama 24 jam.

"Sebuah jabatan berasingan juga ditubuhkan bagi menyelia kerja-kerja berkenaan dan memberikan perhatian kepada isu-isu berbangkit, dengan kerjasama daripada jabatan-jabatan lain.

"Laporan berjadual turut disediakan berhubung aktiviti dan perkhidmatan jabatan berkenaan," katanya.

Selain itu, katanya, beberapa ulama dan guru agama akan membantu para jemaah haji bagi melaksanakan ibadah mereka.

Pihak berkuasa juga akan mengagih-agihkankan kitab al-Quran, risalah dan manual yang diselia oleh pelbagai agensi kerajaan, termasuk Suruhanjaya untuk Promosi Nilai-nilai Murni dan Pencegahan Maksiat.

Sheikh Abdul Rahman berkata, kenderaan juga akan disediakan bagi membantu jemaah orang kurang upaya (OKU), sementara para pegawai akan memantau di setiap pintu masuk kedua-dua masjid tersebut bagi memastikan makanan luar tidak dibawa masuk ke dalam kawasan masjid bagi memastikan kebersihannya terjaga. - AGENSI/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment