My Add

Sunday 29 September 2013

Penjenayah larikan mesin ATM, ikat pengawal keselamatan

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN

JEMPOL, SABTU, 28 September, 2013: Sekumpulan penjenayah bertindak nekad dengan mengikat seorang pengawal keselamatan yang dipercayai baru tiga hari bekerja sebelum melarikan sebuah mesin pengeluar wang automatik (ATM) di sebuah pasar raya di Bahau awal pagi tadi.

Kejadian itu disedari seorang pekerja di pasar raya berkenaan yang datang bertugas sekitar pukul 6 pagi tadi, yang terkejut apabila mendapati pengawal keselamatan berkenaan terduduk dan diikat pada bahagian mulut, mata, tangan serta kakinya.

Difahamkan mesin ATM berkenaan mengandungi wang tunai sebanyak RM360,000 yang dipercayai baru dimasukkan semalam bagi urus niaga kemudahan pengguna.

Buat masa ini, pihak polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian serta berusaha mengesan jumlah suspek yang terlibat, selain jenis kenderaan yang digunakan untuk melarikan sebuah mesin ATM di pasar raya berkenaan. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment