My Add

Sunday 29 September 2013

Mukhriz syor calon diberi kebebasan jumpa perwakilan

Oleh MOHD SHARIZA ABDULLAH

JERLUN, SABTU, 28 September, 2013: Lembaga Disiplin UMNO dicadang membenarkan calon-calon di semua peringkat dalam pemilihan parti diberi peluang berjumpa dengan perwakilan dan memperkenalkan diri kerana tidak semua daripada mereka dikenali ramai.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, calon-calon disyor diberi kelonggaran mengadakan perjumpaan dengan perwakilan dengan syarat mereka memaklumkan kepada pejabat perhubungan UMNO negeri supaya dapat memantau perjalanan majlis.

''Saya harap urus setia dan pengurusan parti dapat mempertimbangkan cadangan ini,'' katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment