My Add

Sunday 29 September 2013

UMNO Kedah bincang PRK Sg. Limau malam esok

Oleh MOHD SHARIZA ABDULLAH

ALOR SETAR, SABTU, 28 September, 2013: UMNO Kedah akan mengadakan satu mesyuarat khas malam esok bagi membincangkan pelbagai perkara mengenai pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau yang kosong berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir di Bangunan Tunku di sini pada pukul 8.30 malam.

Ia dijangka akan membincangkan mengenai persiapan parti itu untuk menghadapi pilihan raya di kerusi berkenaan yang disandang Allahyarham sejak 1995. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment