My Add

Saturday 28 September 2013

Maut ditembak dalam kereta

 *K. Ahnand maut selepas ditembak dalam keretanya di Jalan Teratai 32, Taman Johor Jaya, Johor Bahru, semalam.
JOHOR BAHRU, JUMAAT, 27 September, 2013: Seorang lelaki maut selepas ditembak ketika berada dalam keretanya di Jalan Teratai 32, Taman Johor Jaya di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 8.25 malam itu, mangsa, K. Ahnand, 24, mati di tempat kejadian akibat cedera parah selepas terkena empat das tembakan di badan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, mayat mangsa yang berlumuran darah ditemui di dalam kereta jenis Proton Perdana.

"Motif mangsa ditembak mati masih disiasat dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai sebarang maklumat tentang insiden itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, sumber memberitahu, mangsa dipercayai terkena empat das tembakan berdasarkan kesan luka dan kelongsong peluru yang dijumpai di tempat kejadian.

Katanya, terdapat dua kelongsong peluru jenis 9 milimeter (mm) dan masing-masing satu jenis Thai Arms dan WCC ditemui.

Difahamkan, kereta Proton Persona dipandu mangsa didaftarkan atas mana seorang lelaki India berusia 30 tahun dari Butterworth, Pulau Pinang. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment