My Add

Sunday 29 September 2013

JAIS rampas lebih 10 judul dan kitab Syiah di Gombak

 *PEGAWAI penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memeriksa dan merampas bahan-bahan bacaan berkaitan ajaran syiah dalam satu operasi di Taman Sri Gombak, Kuala Lumpur malam tadi. - UTUSAN
KUALA LUMPUR, SABTU, 28 September, 2013: Sekumpulan pengikut ajaran Syiah di negara ini dikesan semakin berani mengamalkan ajaran itu apabila sanggup membawa masuk lebih 10 judul buku fahaman itu dan sebuah kitab menyerupai al-Quran daripada Iran.

Kegiatan mereka itu terbongkar hasil serbuan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di markas mereka di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak dekat sini pukul 11.30 malam tadi, yang berselindung di sebalik sebuah syarikat.

Penolong Seksyen Perundangan dan Kesalahan Bahagian Penguatkuasaan JAIS, Mohd. Sharom Mat Maarof berkata, kesemua buku dan kitab yang ditemui itu dirampas JAIS untuk siasatan.

Katanya, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 12C iaitu menghina penguat kuasa agama (mengingkari arahan mufti) dan Seksyen 7, Enakmen Jenayah Islam Selangor berkaitan dokumen palsu.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan jumlah buku dan kitab yang dirampas itu.

"Tiada mana-mana individu ditahan kerana ketika serbuan premis itu kosong. Kita tidak menolak kemungkinan buku dan kitab itu telah pun dimiliki oleh pengikut Syiah yang lain.

"Hasil pemeriksaan, kami dapati bahan berkenaan mengandungi unsur Syiah dan berasal dari Iran. Ini penemuan terbaharu kerana sebelum ini kita tidak pernah menjumpai judul buku dan kitab itu yang menyerupai al-Quran," katanya ketika ditemui di sini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment