My Add

Sunday 29 September 2013

Ketua Bahagian Sik: Tajuddin tenang hadapi pencabar

KUBANG PASU, SABTU, 28 Sept Penyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Sik, Datuk Mohd. Tajudin Abdullah bersikap tenang walaupun bakal dicabar oleh ahli UMNO bahagian itu sendiri, Asri Ahmad dalam pemilihan parti bulan depan.

Mohd. Tajuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan negeri berkata, beliau percaya ahli akar umbi akan terus memberi sokongan kepada beliau untuk menerajui bahagian tersebut.

''Saya diberi mandat untuk menerajui jawatan ini pada 2008 secara tertib dan sepanjang berkhidmat UMNO bahagian kita berjaya mencatatkan rekod yang baik terutama dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu apabila menyapu bersih ketiga-tiga kerusi di kawasan ini setelah lama menanti.

''Ini semua kerjasama satu kumpulan yang kuat di bahagian ini. Itu yang menjadi alasan utama saya ingin mempertahankan jawatan ini jadi saya percaya ini satu pemilihan yang sihat berdasarkan amalan demokrasi,'' katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Perasmian Penutup Sambutan Hari ASEAN Ke-46 di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment