My Add

Saturday 28 September 2013

Benarkan bina lebih banyak kediaman

GEORGE TOWN, JUMAAT, 27 September, 2013: Institut Ejen Hartanah (MIEA) berharap pemaju akan dibenarkan untuk membina lebih banyak harta kediaman untuk menampung kekurangan yang mengakibatkan kenaikan mendadak harga rumah.

Presidennya, Siva Shanker berkata, kekurangan ini semakin memuncak setiap tahun dan bekalan yang mencukupi perlu untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dan untuk menstabilkan harga.

"Pada masa ini, rumah-rumah yang dibina hanya dapat menampung separuh daripada permintaan tahunan. Saban tahun, permintaan melebihi penawaran," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Pameran Harta Sekunder Malaysia Pulau Pinang (MASPEX Penang) 2013.

Beliau berharap proses membina lebih banyak harta boleh dipermudah untuk menambah bekalan.

"Jika permintaan pasaran meningkat, kita hanya perlu membina lebih banyak harta agar harga kekal stabil," katanya, sambil menambah bahawa menaikkan cukai keuntungan hartanah tidak akan membendung spekulasi.

Sementara itu, Siva berkata, MASPEX Penang, yang mempamerkan harta terpakai yang berharga dari RM75,000 hingga beberapa juta ringgit, dijangka menarik kira-kira 9,000 pengunjung dalam tiga hari akan datang.

Beliau berkata, hartanah bernilai kira-kira RM1.5 bilion dari Pulau Pinang dan Kuala Lumpur akan diperagakan semasa pameran itu. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment