My Add

Sunday 29 September 2013

Pemilik kedai perabot maut ditikam

Oleh Siti Airunnisa Alaui
 
 *ANGGOTA polis mengusung mayat mangsa yang ditemui mati dibunuh di Kampung Padang Nenas, Kuala Terengganu, semalam.
KUALA TERENGGANU, SABTU, 28 September, 2013: Seorang pemilik sebuah kedai perabot yang berasal dari Pakistan mati dengan beberapa kesan tikaman di bahagian badan dan kepala di Kampung Padang Nenas dekat sini tengah hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mayat Hadi Khan (gambar), 55, ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran di belakang kedainya.

Menurut seorang saksi, Ahmad Syafandi Mohd, 34, yang menjalankan perniagaan bersebelahan kedai mangsa berkata, dia menyedari kejadian itu setelah seorang pemandu lori yang ingin menghantar perabot memaklumkan menemui mangsa di atas kepingan kayu pelapik tilam.

"Ketika itu, pemandu lori tersebut mencari mangsa di dalam kedai dan menemui mangsa terbaring di bawah tilam manakala keadaan almari dan beberapa lain turut bersepah.

''Saya tidak dengar apa-apa bunyi bising walaupun kedai saya berdekatan dengan kedainya malah ada yang beritahu melihat mangsa membaca surat khabar di depan kedainya kira-kira pukul 8.30 pagi tadi," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, mangsa difahamkan menetap di sini bersama seorang isteri dan anaknya sejak 20 tahun lalu.

Tambah beliau, bagaimanapun ketika kejadian, isteri dan anak mangsa tiada ekoran baharu sahaja pulang ke Pakistan.

Jelasnya, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan mengenal pasti punca kejadian itu berlaku dan tidak menolak kemungkinan melibatkan beberapa orang suspek.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah dekat sini untuk bedah siasat. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment