My Add

Saturday 28 September 2013

Azizan tidak suka kepada perseteruan berpanjangan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 27 September, 2013: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang meninggal dunia semalam sebagai seorang pemimpin yang tidak suka kepada perseteruan politik yang berpanjangan atau perbezaan pendapat sehingga boleh merugikan umat Islam.

Perdana Menteri berkata, Allahyarham juga adalah seorang pemimpin yang baik dan mudah diajak berbicara selain menghormati pemimpin politik lain meskipun berlainan parti.

"Selain itu, Allahyarham adalah seorang pemimpin yang cenderung mengajak ke arah perpaduan sesama umat Islam agar menjadi lebih kuat," katanya di dalam akaun Facebook hari ini.

Azizan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar semalam selepas mengalami kegagalan organ dalaman yang pelbagai dan jangkitan kuman dalam darah.

"Pemergian beliau adalah satu kehilangan buat kita, justeru saya sekeluarga mendoakan agar rohnya akan diletakkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat," katanya.

Perdana Menteri semalam melalui akaun Twitter merakamkan ucapan takziah beliau kepada seluruh keluarga Allahyarham. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment