My Add

Sunday 29 September 2013

Pemilihan UMNO: 30 calon di Kelantan tarik diri

KOTA BHARU, SABTU, 28 September, 2013: Seramai 30 daripada 2,595 calon yang menawarkan diri untuk bertanding pelbagai jawatan di peringkat bahagian dan sayap UMNO menarik diri sebelum pemilihan parti itu bulan depan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, senarai penuh calon yang akan bertanding akan diumumkan pada 7 Oktober ini selepas ibu pejabat membuat keputusan terakhir.

Beliau berkata, badan perhubungan negeri menerima semua borang yang dihantar oleh ahli termasuk mereka yang muflis atau dikenakan tindakan disiplin.

"Semakan akhir akan dibuat oleh ibu pejabat, mereka yang menghadapi tindakan disiplin atau muflis akan digugur oleh ibu pejabat selepas ini.

"Sebanyak 30 orang menarik diri termasuk tiga daripada calon Ketua Bahagian UMNO. Penarikan diri ini dibuat dalam tempoh bertenang iaitu 72 jam selepas proses penamaan calon," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kelantan di sini hari ini.

Mereka yang menarik diri ialah lima orang di Machang, Ketereh (dua), Tanah Merah (tiga), Bachok (lima), Pengkalan Chepa (tiga), Gua Musang (lima), Pasir Mas (tiga), Tanah Merah (satu), Kota Baharu (dua) dan Kuala Krai (satu).

Sementara itu, Mustapa berkata, mesyuarat tersebut sebulat setuju bersetuju untuk menyokong semua calon dari negeri ini yang menawarkan diri untuk bertanding di peringkat pusat termasuk sayap parti. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment