My Add

Sunday 29 September 2013

Beri perhatian khusus kepada RGK - Sultan Johor

 *SULTAN Ibrahim Sultan Iskandar beramah mesra dengan sebahagian veteran anggota Gerup Gerak Khas yang turut hadir pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas yang ke-48, di Padang Kawad Markas 21, Gerup Gerak Khas, Kem Iskandar, Mersing hari ini. - UTUSAN
MERSING, SABTU, 28 September, 2013: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu memberi perhatian khusus terhadap keperluan Rejimen Gerak Khas (RGK) bagi memastikan pasukan itu sentiasa berada pada tahap terbaik.

Baginda yang juga Komandan Gerak Khas bertitah, perkara tersebut bukan sahaja meliputi keperluan peralatan tetapi juga modal insan serta keseluruhan organisasi tersebut.

"Nyawa setiap komando yang ada itu amat penting dan tidak seharusnya terkorban hanya disebabkan kekurangan seperti peralatan atau kelemahan sokongan bantuan daripada pihak kementerian," titah baginda pada Majlis Perbarisan Sempena Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-48 di Padang Kawad Markas 21 Gerup Gerak Khas di Kem Iskandar, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment