My Add

Wednesday, 26 March 2014

bu anak kapal MH370 sukar terima kenyataan

KLUANG, SELASA, 25 Mac, 2014: Ibu kepada salah seorang anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, Tan Ser Kuin, 42, tidak dapat menerima kenyataan yang menimpa anaknya itu.

Wanita berusia lingkungan 60-an yang enggan dikenali itu masih menaruh harapan untuk bertemu semula dengan anaknya yang telah berkhidmat selama 20 tahun dengan MAS.

"Saya tidak percaya bahawa pesawat yang dinaiki anak saya untuk ke Beijing berakhir di Lautan Hindi selagi tidak menemui sebarang bukti yang kukuh termasuk bangkai pesawat.

"Saya dan suami ada menonton sidang akhbar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam tetapi masih tidak boleh menerima kenyataan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Aman di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment