My Add

Wednesday, 26 March 2014

Enjin Malindo Air terbakar

KUALA LUMPUR, RABU, 26 Mac, 2014: Sebuah pesawat milik Malindo Air ATR72-600 yang dalam perjalanan ke Kuala Terengganu terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang selepas enjin di sayap kirinya terbakar, awal pagi ini.

Malindo Air dalam kenyataannya berkata, enjin tersebut terbakar pada ketinggian 2,133.6 meter, kira-kira sepuluh minit selepas meninggalkan lapangan terbang berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi itu, pesawat berkenaan membawa 49 penumpang termasuk empat orang anak kapal.

“Kesemua penumpang selamat dan kemudiannya ditukarkan menaiki penerbangan lain ke Kuala Terengganu.

“Punca kejadian masih disiasat," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment