Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
KUALA LUMPUR, RABU, 26 Mac, 2014: Sebanyak 61.8 peratus atau RM527.6 bilion daripada keseluruhan hutang isi rumah rakyat Malaysia disumbangkan oleh hutang pinjaman pembelian kediaman dan kenderaan.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, daripada jumlah hutang terkumpul sebanyak RM854.3 bilion sehingga 2013, sebanyak RM377.7 bilion atau 44.2 peratus digunakan oleh isi rumah untuk membeli rumah manakala sebanyak RM149.9 bilion (17.6 peratus) untuk pembelian kenderaan.
Katanya, sebanyak RM141.5 bilion (16.6 peratus) lagi adalah hutang pinjaman peribadi dan RM65.2 bilion (7.6 peratus) disumbangkan oleh pinjaman pembelian harta bukan kediaman.
"Hutang bagi pembelian pelbagai saham atau sekuriti pula sebanyak RM54.9 bilion (6.4 peratus), kad kredit RM35.5 bilion (4.2 peratus) dan tujuan lain seperti kelengkapan rumah sebanyak RM29.6 bilion (3.5 peratus)," katanya.
Beliau menjawab soalan daripada Dr. Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) yang bertanyakan jumlah hutang isi rumah mengikut jenis hutang dan kadar KDNK di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Laporan Tahunan 2013 Bank Negara Malaysia (BNM) pada minggu lalu mendedahkan tahap hutang isi rumah negara ini berjumlah RM854.3 bilion yang merupakan 86.8 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).
Hutang isi rumah merupakan nilai terkumpul pinjaman yang dilakukan oleh setiap isi rumah domestik merangkumi pinjaman pembelian perumahan, kenderaan, pinjaman peribadi, pembelian saham dan kad kredit.
Menurut Ahmad, sejak 2010, kerajaan termasuk BNM telah melaksanakan pelbagai langkah progresif bagi memastikan pengurusan kewangan yang kukuh dan menggalakkan pasaran hartanah yang stabil dalam usaha mengawal perkembangan hutang isi rumah.
Katanya, langkah tersebut bertujuan memastikan pengembangan kredit yang berhemah, menggalakkan tingkahlaku individu dan institusi yang bertanggungjawab, pasaran hartanah yang teguh dan membendung tingkahlaku spekulatif.
"Di samping itu, kata beliau, kerajaan mengambil langkah-langkah untuk meringankan beban rakyat termasuk menambah baik struktur ganjaran untuk penjawat awam, memberi pelbagai bantuan tunai, menambah baik sistem pengangkutan awam dan membina rumah mampu milik," katanya.
Beliau berkata, berikutan pelaksanaan pelbagai langkah awalan yang diambil sejak 2010, kadar pertumbuhan jumlah hutang isi rumah telah menunjukkan kadar yang lebih sederhana iaitu sebanyak 11.7 peratus pada 2013 berbanding 13.5 peratus pada 2012 dan 2011 dan sebanyak 15.1 peratus pada 2010," katanya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment