My Add

Saturday, 22 March 2014

Malaysia hantar balik 93 pendatang Indonesia menerusi Nunukan

JAKARTA, JUMAAT, 21 Mac, 2014: Malaysia menghantar pulang 93 pendatang tanpa izin Indonesia menerusi daerah Nunukan di Kalimantan Utara pada Khamis.

Ketua Pejabat Imigresen Nunukan, Nasution yang menerima kumpulan itu, berkata kesemua mereka dihantar pulang setelah selesai menjalani hukuman penjara masing-masing di Kota Kinabalu, Sabah.

Mereka yang termasuk 21 wanita dan enam kanak-kanak itu ditangkap dalam operasi yang dijalankan oleh polis dan didapati bersalah memasuki Malaysia secara haram, kata Nasution seperti dilapor agensi berita Antara pada Jumaat.

Bulan lepas Malaysia menghantar pulang 148 pendatang tanpa izin dari Indonesia menerusi daerah itu.

Terdahulu, Ketua Pejabat Imigresen Entikong di Kalimantan Barat, Zulkifli berkata Malaysia menghantar pulang 35 rakyat Indonesia yang didakwa melakukan pelbagai kesalahan di Sarawak.

Mereka yang dihantar pulang berasal dari Jakarta, Sumatera Selatan, Jawa Tengah, Jawa Barat dan Pontianak, katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah kecil Entikong, Iwan Setiawan berkata polis masih menyiasat sama ada pekerja terbabit mencari pekerjaan di Malaysia atas inisiatif sendiri atau menerusi ejen. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment