My Add

Sunday, 16 March 2014

MH370: Abang penumpang dari AS lega pengumuman PM

WASHINGTON, AHAD, 16 Mac, 2014: Abang kepada seorang daripada penumpang dari Amerika Syarikat (AS), James Wood berasa lega dengan berita pesawat MH370 yang berkemungkinan dirampas.

James, abang kepada Philip Wood berkata, berita terbaharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, memberi harapan kepada keluarganya untuk melihat adik mereka lagi.

"Jika mereka (perampas) mahu mencederakan orang lain (penumpang, tindakan itu sudah dilakukan sejak awal lagi.

"Tetapi jika mahu membuat sesuatu, sekurang-kurangnya tindakan tersebut memberi sedikit harapan bahawa penumpang masih hidup dan kami berpeluang untuk berjumpa ahli keluarga kami semula," katanya kepada portal berita The Telegraph. - AGENSI/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment