My Add

Saturday, 22 March 2014

MH370 : Belum temui bukti kukuh kaitkan dua objek dengan MH370

SEPANG, JUMAAT, 21 Mac, 2014: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pasukan mencari dan menyelamat belum menemui sebarang bukti kukuh yang menunjukkan dua objek dalam imej satelit Australia mempunyai kaitan dengan pesawat MH370.

Beliau yang ditemui pemberita pada pukul 3.08 petang tadi bagaimanapun berkata, tumpuan masih diberikan terhadap usaha mencari di kawasan dalam imej satelit yang terletak kira-kira 2,500 kilometer dari Perth.

Tambahnya, lebih banyak aset akan dihantar ke situ. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment