My Add

Wednesday, 26 March 2014

MH370: MAS akan tambah bantuan kewangan

SEPANG, selasa, 25 Mac, 2014: Malaysia Airlines (MAS) akan memberi saguhati tambahan kepada keluarga penumpang pesawat MH370 untuk menampung perbelanjaan harian mereka.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Jauhari Yahya berkata, sebelum ini MAS telah menyediakan wang bantuan sebanyak AS$5,000 (RM16,000) kepada keluarga penumpang tersebut selain, tempat penginapan, pengangkutan, makanan dan pembelajaan lain sejak 8 Mac lalu.

Katanya, fokus syarikat tersebut sekarang adalah untuk memberi keselesaan dan bantuan kepada keluarga penumpang pesawat tersebut

selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan pesawat itu berakhir di Lautan Hindi semalam. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment