MH370: Satelit Perancis kesan objek di Lautan Hindi
KUALA LUMPUR, AHAD, 23 Mac, 2014: Satelit Perancis mengesan objek yang berpotensi merupakan serpihan pesawat MH370 di selatan kawasan pencarian di Lautan Hindi, lapor pihak berkuasa Malaysia.
Kementerian Pengangkutan dalam kenyataannya berkata, maklumat tersebut diterima oleh pihak berkuasa Perancis awal pagi ini dan menghantar imej tersebut kepada pusat penyelarasan Australia yang terlibat dalam operasi di kawasan terbabit.
Bagaimanapun, kementerian itu tidak memberi butiran lanjut tentang imej satelit yang diperoleh. - REUTERS/UTUSAN
No comments:
Post a Comment