MH370: Thailand henti misi pencarian
BANGKOK, AHAD, 16 Mac, 2014: Tentera Laut Thailand hari ini menghentikan misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di Teluk Thailand dan Laut Andaman selepas kerajaan Malaysia memaklumkan misi pencarian akan tertumpu di dua lokasi baharu.
Portal berita, Firstpost.com melaporkan, Komander Tentera Laut Thailand, Adm Narong Pipattanasai mengarahkan misi pencarian dihentikan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengesahkan pesawat itu menukar haluan ke lokasi lain termasuk Kazakhstan dan selatan Laut India.
Bagaimanapun empat kapal perang tentera laut, HTMS Pattani, HTMS Tapi, HTMS Songkhla dan HTMS Sattahip diletakkan dalam keadaan bersedia sekiranya kerajaan Malaysia meminta bantuan untuk mencari di lokasi lain. - AGENSI/UTUSAN
No comments:
Post a Comment