Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 21 Mac, 2014: Pengalaman pakatan pembangkang termasuk ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat sedikit untuk diberi kepercayaan memimpin sebuah negara kompleks seperti Malaysia dan adalah berisiko sekiranya rakyat memilih mereka sebagai pemimpin.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sudah melalui pelbagai pengalaman jatuh bangun dalam menguruskan negara sejak merdeka termasuk kejayaan membebaskan Malaysia daripada krisis ekonomi.
"Saya sendiri sudah 40 tahun dalam kerajaan, jauh lebih berpengalaman daripada Anwar sendiri. Anwar cuma sekejap sahaja mentadbir negara sebelum menyertai pembangkang. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun begitu malah Penasihat DAP, Lim Kit Siang mungkin tiada langsung.
"Pengalaman sangat berharga untuk memimpin negara kompleks seperti Malaysia. Mereka dakwa kalau bagi peluang, pembangkang akan pimpin lebih baik. Itu cuma cakap mereka," katanya dalam majlis ramah mesra bersama penjawat awam di Serdang di sini hari.
Dalam pada itu, Muhyiddin menyelar sikap Anwar dan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang menuduh kononnya kerajaan menzalimi beliau dalam kes rayuan liwatnya sebagai modal untuk berkempen pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Jelas Timbalan Perdana Menteri, kerajaan tiada kaitan dengan perbicaraan kes liwat Anwar dan keputusan sebulat suara tiga panel hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Balia Yusof Wahi dibuat berdasarkan penilaian mereka terhadap bukti-bukti pertuduhan.
"Saya sedih kerana Anwar pun kawan saya tetapi keadilan bukan hanya untuk seorang individu. Keadilan bukan hanya buat Anwar. Bagaimana hak untuk keadilan Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Jangan fitnah kononnya kerajaan menzalimi beliau," katanya.
Sementara itu, bercakap mengenai penjawat awam, Muhyiddin memberitahu, kerajaan tidak pernah meragui kesetiaan kakitangan awam untuk terus memberi sokongan kepada BN mentadbir negara kerana jalinan kerjasama tersebut sudah terbukti sejak sekian lama. - UTUSAN
![]() |
* MUHYIDDIN Yassin bersalaman dengan kakitangan Jabatan Penjara selepas menunaikan solat Jumaat sebelum menghadiri jamuan rakyat di Masjid Jabatan Penjara Kajang, semalam. |

No comments:
Post a Comment